Páginas

Case Study: Kutipan RM30K Pelancaran Produk MiniNiaga


pa yang saya akan dedahkan pada entri ini merupakan sesuatu yang berharga, malah tidak keterlaluan jika saya katakan entri ini lebih berharga daripada ebook-ebook yang dijual di pasaran dunia sekarang. Saya akan dedahkan case study sebenar kami di Flarebiz Network melancarkan salah satu produk kami iaitu sistem MiniNiaga yang telah memberikan kutipan sebanyak RM30,000 dalam tempoh kurang sebulan.
Sistem MiniNiaga
Ini bukanlah satu pencapaian yang baik kerana pencapaian peribadi kami di Flarebiz Networkpernah mendapat RM60,000 dengan melancarkan produk Rahsia 10K pada tahun 2008 dulu. Namun, saya fikir perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan idea dan gambaran keseluruhan kepada anda bagaimana sesuatu pelancaran produk itu berlaku.
Anda perlu faham bahawa strategi pelancaran sesuatu produk mungkin sama dari segi perjalanannya tetapi percayalah ada sesuatu yang anda boleh pelajari daripada setiap pelancaran produk.

Mempunyai Perancangan Pelancaran

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah merangka perjalanan pelancaran produk anda. Anda perlu ada tarikh yang tetap bila pra-pelancaran akan dilakukan, bila pelancaran sebenar akan dilakukan, berapa orang rakan Joint Venture (JV) yang diperlukan, berapakah target jualan dan sebagainya. Ya, kami sentiasa mempunyai perancangan untuk setiap pelancaran produk yang dilakukan oleh Flarebiz walaupun di atas sehelai kertas A4!
Tentatif Jualan
Untuk case study MiniNiaga, saya telah menetapkan tarikh pelancaran pada 28 Jun 2010 dan proses pra-pelancaran berlaku 2 minggu sebelum. Pertandingan tertutup di antara rakan JV pula bermula pada 28 Jun sehingga 15 Julai 2010. Kita akan lebih mudah dengan adanya perancangan sebegini. Lebih mudah untuk kita mengagihkan kerja-kerja yang perlu dibuat seperti pembinaan laman web, menyiapkan surat jualan, grafik dan sebagainya.
Selain itu, target jualan secara terperinci juga penting untuk kita memotivasikan diri kita agar terus berusaha mencapai date line yang telah ditetapkan. Target jualan yang telah saya tetapkan untuk pelancaran MiniNiaga ialah RM100,000. Satu angkat yang cukup besar kan? Tidak mengapa untuk meletakkan target yang tinggi kerana apabila kita mencapai 30%-60% daripada target sudah cukup berjaya.
Pada masa yang sama, sediakan juga plan B agar apa jua perkara yang tidak kita jangkakan berlaku sepanjang proses perjalanan tidak membantut pelancaran produk kita.

Bagaimana Kami Menghantar Jemputan JV?

Saya rasa anda semua tahu salah satu strategi yang tidak asing lagi untuk menjayakan sesuatu pelancaran produk ialah melalui teknik Join Venture (JV). Pada ketika ini, saya tahu bahawa saya bersaing dengan banyak pelancaran produk. Jadi, saya perlu fikirkan sesuatu yang unik agar dapat menambat hati rakan JV untuk menyertai pelancaran produk saya. Ya, walaupun Flarebiz sudah ada nama, namun perlu dengan ‘approach’ dengan teknik yang betul.
1) Memberikan MiniNiaga secara PERCUMA - Satu perkara yang telah kami lakukan ialah dengan memberikan sistem MiniNiaga secara PERCUMA kepada mana-mana individu yang dirasakan berpotensi untuk dijadikan rakan JV. Ketika kami memberikan sistem ini kepada mereka, tidak sedikitpun saya menyentuh mengenai pelancaran produk.
Saya hanya berharap mereka mencuba sendiri produk tersebut dan merasai sendiri kelebihan produk tersebut. Inilah perkara pertama yang perlu anda juga lakukan! Yakinkan kepada rakan JV anda bahawa produk anda adalah yang terbaik sebelum hendak mengajak mereka mempromosikan produk tersebut.
Aqif Aizan sedang menyiapkan surat!
2) Menghantar jemputan rasmi melalui surat - Selang seminggu setelah mereka mencuba produk MiniNiaga dan memberikan feedback positif, saya pula memikirkan bagaimana ingin mengajak mereka mempromosikan produk ini. Saya ingin mencipta kelainan agar mereka teruja. Saya tidak mahu lagi hanya menghantar jemputan JV melalui email sahaja kerana saya ingin tunjukkan bahawa Flarebiz benar-benar serius kali ini.
Kami telah menghubungi mereka untuk meminta alamat rumah kerana kami ingin menghantar surat rasmi kepada mereka! Ya, saya cuba mencipta kelainan dengan menghantar surat jemputan rasmi kepada mereka yang telah ditandatangani oleh saya dan Zhafran.
Di dalam surat rasmi ini saya telah terangkan beberapa perkara seperti objektif, maklumat Joint Venture (JV), cabaran 17 hari, hadiah rasmi, perjalanan pelancaran dan sebagainya. Surat kami lengkap menerangkan segala-galanya  yang membuatkan rakan JV jelas. Anda boleh download contoh surat rasmi yang telah pihak kami hantarkan kepada rakan JV di sini.
3) Mengadakan cabaran eksklusif 17 hari – Untuk menarik rakan JV pula, kami juga menganjurkan cabaran 17 hari untuk memilih 10 orang di antara rakan JV yang membuat jualan paling banyak, akan menerima hadiah. Kami telah menyediakan hadiah eksklusif berupa barangan Sony seperti yang tertera di dalam surat rasmi yang anda download.
Apa yang menarik ialah kami tidak meletakkan sebarang minimum jualan untuk memenangi hadiah bernilai tersebut asalkan mereka tersenarai di dalam top 10. Ya, jika salah seorang daripada mereka hanya membuat 5 jualan tetapi berada di ranking no 1, kami tetap akan memberikan mereka sebuah TV Sony Bravia! Inilah risiko yang kami tanggung tetapi benar-benar membuat rakan JV teruja kerana sebelum ini ramai yang menawarkan hadiah gempak tetapi meletakkan syarat minimum.
Sebahagian Daripada Hadiah
Contohnya, untuk mendapat sebuah kereta Mitsubishi Lancer 2.0 rakan JV perlu membuat 1000 jualan! Nampak sangat yang hadiah tu nak dibeli berdasarkan keuntungan yang diperolehi daripada 1000 jualan yang rakan JV buat, lebih baik rakan JV jual produk mereka sendiri kan? ;)
Dengan menggunakan teknik yang tidak terlalu mendesak rakan JV, kami telah mendapat lebih kurang 25 orang rakan JV yang benar-benar bekualiti. Kami benar-benar teruja untuk meneruskan pelancaran ini kerana kami sudah terbayang bahawa setiap daripada mereka akan membuat 10 jualan. Ini bermakna kami bakal mendapat 250 jualan! Oh!

Bagaimana Kami Lakukan Pra Pelancaran?

Kami telah melakukan pra pelancaran yang agak berbeza sedikit di mana kami telah cipta gelombang agar orang ramai tertanya-tanya apakah itu sistem MiniNiaga. Pihak kami telah menganjurkan satu pertandingan ringkas untuk memilih 3 komen yang terbaik. Kami telah buat satu page khas menggunakan paltform wordpress dan meletakkan satu video sneak peak seolah-olah pelancaran sebuah filem. ;)
Hasil Daripada Pre-Launch
Kemudian sesiapa yang melihat video ringkas tersebut akan meninggalkan komen mereka. Kami telah mendapat lebih 300 komen sedangkan kami hanya inginkan 3 orang pemenang sahaja. “Satu pentanda yang bagus!” bisik hati kecil saya.
Ini adalah video yang telah kami hasilkan:
Bukan itu sahaja, kami juga mengedarkan satu laporan yang sungguh berkualiti tinggi iaitu Kegagalan Membina Minisite yang disertakan bersama modul bengkel membina minisite. Hampir semua rakan JV kami mengedarkan laporan ini kerana laporan ini benar-benar bekualiti yang mempunyai lebih 100 m/s!
Perkara menarik juga, kami sentiasa mengamalkan situasi menang-menang dengan rakan JV. Kami telah convert laporan ini secara manual kepada setiap orang rakan JV kerana kami meletakkan kredit di bawah setiap footer kepada nama mereka supaya mereka mendapat sesuatu dengan mengedar laporan percuma ini.

Sistem MiniNiaga Dilancarkan!

Merujuk perancangan yang telah dibuat, alhamdulillah sistem MiniNiaga telah dilancarkan tepat pada 28 Jun 2010. Namun, kita hanya mampu merancang, ada beberapa masalah yang timbul. Perkara pertama apabila ada rakan JV memberi maklum balas bahawa web jualan yang pihak kami hasilkan tidak memberikan conversion rate yang bagus kerana kami menggunakan konsep web 2.0.
Web Jualan MiniNiaga
Setelah bertungkus-lumus berminggu-minggu sebelum ini, ingatkan selepas hari pelancaran kami boleh duduk goyang kaki sambil melihat duit masuk, semuanya meleset sama sekali. Kami terpaksa bertungkus-lumus sekali lagi untuk menyiapkan web jualan baru berdasarkan feedback daripada rakan JV dan juga para pelanggan.
Akhirnya kami telah siapkan satu web 2.0 dengan aturan yang baru dan satu lagi web jualan yang ‘old school’ menggunakan surat jualan. Anda boleh rujuk di pautan ini untuk melihat web jualan versi ‘sales letter’. Alhamdulillah, dengan perubahan segera yang telah kami lakukan ini, jualan menunjukkan peningkatan yang positif.
Contoh Surat Jualan
Satu perkara baru yang kami belajar ialah kita perlu sentiasa memeriksa dari segenap aspek semasa hari pelancaran sedang berlangsung kerana ketika itu saat emas yang tidak patut kita sia-siakan. Jika terdapat sebarang kekurangan ataupun kelemahan jangan teragak-agak untuk memperbaikinya dengan segera.

Menguruskan Rakan JV Dengan Efektif!

Kejayaan sesuatu pelancaran produk dengan menggunakan startegi rakan JV bergantung kepada bagaimana kita menguruskan rakan JV. Jika kata gagal untuk mengurus rakan JV dengan efektif, maka kita sedang mengatur kegagalan pelancaran produk kita dengan begitu efektif! Saya telah belajar mengenai perkara ini daripada pelancaran produk Rahsia Clickbank oleh mentor saya iaitu Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan.
Kejayaan mereka mendapatkan RM120,000 dengan pelancaran produk adalah kerana mereka berjaya menguruskan rakan JV dengan begitu baik. Di antara perkara-perkara yang saya lakukan untuk menguruskan rakan JV ialah:
1) Menggunakan blog rahsia - Saya telah setup satu blog private untuk di akses oleh rakan JV sahaja. Di dalam blog tersebut kami akan update sebarang perkembangan mengenai proses sebelum, semasa dan selepas pelancaran sistem MiniNiaga. Di dalam blog ini juga kami dapat berinteraksi dengan rakan JV untuk menambahbaikkan apa yang sedang kami usahakan.
Menggunakan Private Blog
Saya benar-benar ingin jadikan entri ini sesuatu yang eksklusif, jadi saya berikan kepada anda akses ke blog rahsia yang telah saya gunakan untuk memberi sebarang update kepada rakan JV di sini. Daripada blog ini, anda akan boleh belajar banyak perkara! Luangkan masa untuk membaca blog tersebut ya!
2) Memberikan kerjasama terbaik – Kami di Flarebiz Network sentiasa berusaha untuk memberikan kerjasama terbaik kepada rakan-rakan JV agar mempermudahkan kerja mereka untuk membuat jualan. Pihak kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kehendak pemasaran mereka seperti menyediakan banner custom untuk kegunaan mereka, menyediakan template email pemasaran dan apa sahaja yang diminta oleh rakan JV.
Kami akan melayan mereka seperti raja sepanjang tempoh cabaran 17 hari ini agar jualan yang kami perolehi akan terus positif. Anda boleh merujuk entri ini untuk memahami apa yang saya maksudkan.
3) Biarkan mereka sentiasa berapi - Salah satu startegi yang digunakan oleh Zamri Nanyan & Gobala Krishnan ketika pelancaran produk Rahsia ClickBank ialah mereka sentiasa membakar rakan JV untuk membuat jualan yang lebih baik. Strategi yang digunakan oleh mereka nampaknya sangat berkesan.
Saya juga praktikan startegi yang sama untuk pelancaran produk MiniNiaga di mana saya sentiasa menggalakkan agar setiap rakan JV meletakkan sasaran peribadi sebanyak 10 jualan. Kami juga sentiasa memberi update khas mengenai kedudukan top 10 JV untuk memenangi cabaran 17 hari, jadi ini secara tidak langsung membuatkan rakan JV semakin bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Akhirnya RM30K dan Sentiasa Bertambah!

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya mencapai 30% daripada target yang telah kami tetapkan di dalam perancangan awal. Kami berpuas hati kerana gelombang yang kami cipta untuk melancarkan sistem MiniNiaga benar-benar besar dan kesannya masih ada sehingga hari ini.
Screen Shot Jualan MiniNiaga
Kami berjaya mencatat jualan RM30,000 lebih untuk pelancaran sistem MiniNiaga dan selepas itu jualan MiniNiaga sentiasa konsisten untuk setiap bulan. Namun di saat ini, sistem MiniNiaga perlu ditutup buat sementara waktu kerana kami akan upgrade sistem kepada yang  lebih baik.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Flarebiz Network yang menjayakan pelancaran produk MiniNiaga sebelum ini iaitu Mohd Zhafran, Rusdy AhmadNizam AhamadHanny RamzyRizal Razak & Aqif Azizan. Insyallah tahun ini jika ada ruang dan peluang Flarebiz Network akan melancarkan produk baru dengan strategi yang berbeza. Kami sentiasa berhasarat untuk merevolusikan industri perniagaan Internet tanah air.
Semoga apa yang saya kongsikan pada entri ini memberikan manafaat yang tersendiri kepada anda. Saya percaya dengan hanya ‘copy & paste‘ strategi di atas sahaja anda mungkin boleh menjana lebih daripada apa yang telah kami di Flarebiz Network dapat. Kongsikan artikel ini andaikata ia memberi manafaat kepada anda yang secara tidak langsung memberi semangat untuk saya terus berkongsi ilmu yang tidak seberapa dengan anda di lain hari.
Semoga berjaya!

Rujukan Strategi Pelancaran Terbaik

Oh ya, apa yang saya terangkan di dalam entri ini hanyalah secara ringkas mengenai strategi pelancaran produk. Sahabat saya saudara Safuan & Zahrul Azua telah melancarkan satu produk yang diberi nama Startegi Launch. Saya menyarankan 200% agar anda mendapatkan produk ini.

http://www.majalahniaga.com/case-study-kutipan-rm30k-pelancaran-produk-mininiaga.html
SOURCES: 

No comments: