Páginas

Showing posts with label eEducation. Show all posts
Showing posts with label eEducation. Show all posts

Sistem pantau murid

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TUGAS guru tidak terhad kepada pembelajaran dalam kelas saja, tetapi turut meliputi pemantauan murid di luar bilik darjah termasuk peka dengan kehadiran mereka ke sekolah setiap hari.
Saban hari guru perlu menanda kehadiran pelajar menggunakan buku kedatangan, namun ada kalanya ia boleh menyebabkan guru dibebani tugas tambahan.

Sehubungan itu, Mobile Biz Network Sdn Bhd membangunkan aplikasi berkaitan menggunakan komputer tablet iPad dikenali sebagai m-Attendance.

Pengarah Urusannya, Latif Kachong berkata, sistem berkenaan dijangka mampu mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar kerana ibu bapa akan dimaklumkan melalui SMS sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.

“Ibu bapa akan dimaklumkan sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah malah, ibu bapa boleh membalas SMS yang diterima untuk memberitahu alasan mengapa anak mereka tidak hadir sekiranya sakit,” katanya.

Menurutnya, sistem berkenaan bukan saja memuatkan senarai nama pelajar, tetapi turut menampilkan profil dan maklumat peribadi bagi memudahkan guru membuat rujukan.


“Guru juga boleh menghantar mesej peribadi kepada ibu bapa yang akan dihantar terus melalui emel atau SMS untuk memaklumkan mengenai pencapaian atau tingkah laku pelajar di sekolah.

“Selain itu, dengan menggunakan sistem berkenaan, semua kerja sekolah yang diberi akan dimaklumkan kepada ibu bapa melalui SMS dan e-mel bagi memudahkan pemantauan dilakukan,” katanya lagi yang boleh dihubungi di talian 03-58802895 untuk maklumat lanjut.

Latif berkata, setakat ini pihaknya sudah menjalankan projek perintis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Terengganu membabitkan 41 guru dibekalkan iPad bagi melaksanakan tugas itu.

“Hasil percubaan selama tiga bulan, kadar ponteng sekolah menurun mendadak dan hanya pelajar yang benar-benar sakit saja direkodkan tidak hadir,” katanya.

Menurutnya, selain memudahkan mengambil kehadiran murid, ia turut membantu guru menghantar laporan ke Kementerian Pelajaran untuk Sistem Analisa Peperiksaan (SAPS), Sistem Data Peperiksaan Online (e-Pantau) dan e-Tukar yang wajib dilaksanakan semua guru.

sumber: HMetro

Konsep Sekolah Bestari



Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

Objektif Sekolah Bestari
                                                                                  
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
                     Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
                     Mendemokrasikan pendidikan
                     Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
                     Memupuk perkembangan menyeluruh individu
                     Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Syarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan.
Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut:
                     BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.
                     Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
                     NIIT Malaysia Sdn. Bhd.

Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari

Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
                     Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentukperisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
o        Bahasa Melayu
o        Bahasa lnggeris
o        Sains
o        Matematik
                     Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan danpentadbiran yang berikut:
o        Governan Sekolah
o        Pengurusan Hal-Ehwal Murid
o        Pengurusan Sumber Pendidikan
o        Pengurusan Kewangan
o        Pengurusan Sumber Manusia
o        Pengurusan Sumber Luar
o        Pengurusan Kemudahan
o        Pengurusan Teknologi
o        Pengurusan Asrama
                     Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripadaperkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT
                     Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut:
o        antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data,
o        antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o        antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
o        antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o        integriti data dan persekitaran selamat
o        antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia
                     Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.

Kos Projek Rintis

Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia(RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untukOperating Expenditure.

Tempoh Projek Rintis

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai dari tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan degan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Rancangan Masa Depan

Sungguhpun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)menggalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri, KPM sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.


Sumber: Adap

10 aplikasi iPad untuk pendidik




GURU boleh meningkatkan minat pelajar menerusi pendidikan interaktif melalui iPad.


ARUS pembangunan teknologi digital kini memasuki sepenuhnya era tablet. Sebut sahaja tablet, hampir segenap lapisan masyarakat dari warga emas hingga kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan mampu memberikan definisi sebuah tablet.
Apple iPad merupakan salah satu jenama yang sering menjadi topik perbualan hangat kerana reka bentuk unik selain pilihan ribuan aplikasi menyokong peranti itu.
IPad bukan lagi suatu gajet mewah yang hanya mampu digunakan oleh golongan atasan. Harganya yang berpatutan bermula dari RM1,499 menjadikan tablet itu pilihan mereka yang inginkan pengalaman pengkomputeran bergerak tanpa memerlukan sebuah komputer riba.
Operasi ringkas dan memerlukan masa yang singkat untuk dihidupkan (boot time) berbanding komputer biasa, menjadikannya popular dalam tempoh yang begitu pantas.
Golongan pendidik, tidak kira guru sekolah mahupun pensyarah di institusi pendidikan tinggi turut tidak terlepas daripada tempias teknologi itu. Salah satu cabaran sebagai seorang pendidik ialah merangka pelan pembelajaran. Berita baiknya, terdapat cabang teknologi yang boleh membantu seseorang menjadi seorang pendidik efektif.
Aplikasi iPad yang boleh membantu para pendidik menguruskan masa dan juga mencatatkan idea pelan pembelajaran adalah seperti :-
1. Bento: Aplikasi ini memudahkan pendidik memantau pelan pembelajaran, janji temu dan nota tentang pelajar.
2. Tetikus mudah alih: Dapat mengubah iPad anda menjadi alat kawalan jauh untuk kegunaan di dalam kelas.
3. Dropbox: Membolehkan rekod berkaitan pelajaran disimpan di komputer dan diselaraskan dengan ruang simpanan di Internet. Fail yang disimpan kemudiannya boleh diakses dari sekolah mahupun dari komputer di rumah.
4. Quick Voice Recorder: Rekod aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan analisis butirannya bagi tujuan pemeriksaan untuk menambah baik kualiti pembelajaran.
5. Idea Boards: Jangan biarkan idea yang timbul secara spontan hilang begitu sahaja. Rekodkan idea dan jadikannya deraf untuk mengatur kelas. Anda juga boleh meletakkan peringatan pada nota-nota yang telah disimpan.
6. World Atlas HD: Aplikasi percuma yang ditawarkan oleh National Geographic ini membolehkan anda menggunakan peta bagi tujuan rujukan. Peta ini boleh dikaitkan dengan elemen menarik agak pelajar tidak mudah jemu ketika sesi pembelajaran.
7. BBC News: Gunakan sumber berita terkini sebagai salah satu sumber material bagi menyediakan bahan mengajar berkaitan peristiwa semasa, sejarah dan pelbagai lagi.
8. The Skeletal System Pro: Guru biologi atau pensyarah kursus perubatan boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai sistem rangka, otot, pencernaan dan juga anatomi yang lain.
9. GoSkyWatch Planetarium: Aplikasi astronomi ini merupakan alat bantuan mengajar terbaik bagi subjek berkaitan dengan astronomi. Ia boleh digunakan ketika mencerap bintang bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar.
10. Cram: Pendidik boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyediakan kuiz dan juga ujian untuk pelajar. Guru juga boleh mengakses bank simpanan kuiz dan ujian secara dalam talian bagi memudahkan lagi penilaian tahap pemahaman terhadap satu-satu subjek yang diajar.
sumber: KOSMO!